counter.bloke.com
|
RAHSIA UNTUK MENUMBANGKAN DIKTATOR
Sudah
agak lama saya tidak menulis di ruangan laman-laman reformasi ini. Saya sebenarnya terlalu
sibuk. Kini barulah saya mendapat ruang waktu untuk meneruskan perjuangan ini. Insya-Allah, saya sama sekali tidak akan undur dari perjuangan ini hingga kebenaran dan keadilan
tertegak di bumi Malaysia ini dan sehingga lenyaplah segala syaitan-syaitan yang
bertopengkan manusia yang bermaharajalela dengan nafsu rakus dan buas mereka, menodai dan
mencabul segala nilai-nilai keadilan dan kebenaran yang selama ini dijunjung tinggi oleh
rakyat.
Semenjak zaman berzaman, tiap bangsa atau kaum itu dizahirkan oleh Allah
s.w.t. manusia-manusia yang berperangai iblis dan syaitan, yang memegang tampuk kekuasaan
dan berlaku angkuh dan sombong, bukan sahaja kepada sesama manusia, malah kepada Allah
s.w.t. yang menciptanya. Nabi Ibrahim a.s. terpaksa berdepan dengan syaitan bernama Namrud
yang menjadi pemerintah pada zamannya. Nabi Musa a.s. berdepan dengan Fir’aun yang
kesombongannya mengatasi segala bentuk kesombongan yang belum pernah dilakukan oleh
manusia. Dan Nabi Muhammad s.a.w. terpaksa berdepan dengan Abu Jahal dan Abu Lahab yang
menjadi pemerintah Kota Makkah pada zamannya.
Demikianlah sunnahtullah yang berlaku
– sebuah perjuangan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran terpaksa berdepan dengan
penentangan dari para syaitan dari kalangan manusia yang menjadi pemerintah dan mereka ini
sangat keras dan kejam sekali dalam menentang para pejuang kebenaran tersebut. Dan sudah
menjadi sunnahtullah juga bahawa perjuangan menegakkan kebenaran itu, meski pun terlalu
pahit untuk ditempuh pada mulanya, tetapi akan beroleh kemenangan jua akhirnya.
Saya
tidak mahu menyentuh terlalu banyak kisah-kisah manusia kejam dan zalim yang menjadi
pemerintah di merata tempat di seluruh dunia ini. Namun sejarah telah membuktikan bahawa
walau segagah mana sekalipun kekuatan yang dimiliki oleh para syaitan yang menjadi
penguasa itu, namun kuasa rakyat akhirnya dapat menjatuhkan mereka (dengan izin Allah),
sekalipun untuk menumbangkan pemimpin-pemimpin zalim tersebut akan memakan korban
rakyat yang tidak terkira banyaknya.
Suatu kisah kekejaman sebuah pemerintahan diktator
yang paling kejam dalam abad ini dan memegang tampuk kekuasaan selama 2500 tahun di Iran,
telah tumbang pada bulan Februari 1979. Itulah Shah Iran – Shah Reza Phalavi, manusia
kejam berhati syaitan yang memerintah Iran dimana masih segar diingatan kita
bagaimana Shah Iran ditumbangkan oleh rakyat Iran dalam bulan Februari 1979 dahulu.
Sebelum
Shah Iran tumbang, rakyat Iran telah membayar harga perjuangan yang tidak ternilai
mahalnya. Almarhum Ayatullah Ruhullah Khomeini, Bapa Perjuangan Rakyat Iran, telah
mengambil masa berpuluh tahun untuk menanamkan benih-benih perjuangan di dalam dada rakyat
Iran terbanyak. Hasilnya, beliau telah berjaya melahirkan berjuta-juta rakyat yang sedia
berkorban dan sanggup mati dalam perjuangan suci tersebut. Di sebalik kekuatan yang
dimiliki oleh Shah Iran dengan dokongan dan sokongan Amerika, namun kekuatan rakyat Iran
yang berlandaskan kesucian dan kesatuan akidah telah berjaya menjatuhkan manusia terlaknat
tersebut dari takhtanya buat selama-lamanya.
Untuk menumbangkan diktator Shah Iran,
Imam Khomeini dan rakyat Iran terpaksa mengorbankan berjuta-juta nyawa. Peristiwa paling
ngeri dalam perjuangan mereka ialah apabila tercetusnya Tragedi Black September 1978
dimana tentera Shah telah menembak dan membunuh berpuluh-puluh ribu rakyat Iran yang
melancarkan demonstrasi menuntut beliau turun takhta. Walaupun Tragedi Black
September 1978 telah mengorbankan begitu ramai rakyat yang tidak berdosa, namun untuk
berjaya dalam perjuangan itu, rakyat Iran merelakan nyawa mereka melayang, demi memastikan
generasi anak cucu mereka bebas dari belenggu perhambaan manusia yang tidak layak
dipanggil manusia tersebut. Dan tragedi tersebut jugalah yang telah membawa kepada
jatuhnya Shah Iran dan naiknya kemenangan rakyat Iran dalam apa yang dinamakan Revolusi
Islam Iran pada 1979 dahulu.
Itu kisah rakyat Iran kira-kira 20 tahun lebih
lalu. Dan berhampiran kita, Suharto, manusia paling lama memerintah Indonesia iaitu selama
32 tahun, telah membuatkannya lupa daratan dan lupa segala perhitungan dan pertimbangan
demi mengekalkan kekuasaannya. Kekejaman, kezaliman dan segala bentuk kejahatan sudah
tidak menjadi kudis kepada si keparat Suharto tersebut. Kegilaan merompak dan menyamun
harta rakyat atas nama pembangunan dan kemakmuran negara membuatkannya lupa langit itu
tinggi atau rendah. Segala kejahatan dan kezaliman dipertahankan demi memastikan kekuasaan
berkekalan, seolah-olah dia akan hidup menongkat langit. Penderitaan rakyat dipersetankan.
Keadilan dan kebenaran ialah apa yang menguntungkan diri dan kroni serta membuncitkan
tembolok sendiri. Darah dan air mata rakyat umpama air hujan yang tidak bernilai langsung.
Akibat
selalu bermimpi untuk menongkat langit selama-lamanya, Suharto lupa bahawa selama ini
beliau sedang bermain api dan tidak menyedari bahawa kerakusannya membolot kekayaan negara
untuk diri sendiri dan para kroni telah mencetuskan api kebencian dan dendam di dalam hati
rakyat terbanyak. Maka tercetuslah bara Reformasi Total meledak membakar segala keangkuhan
manusia bernama Suharto tersebut pada bulan Mei 1997. Untuk menumbangkan Suharto,
rakyat Indonesia bukan sahaja menggempurnya dari seluruh pelusuk kota Jakarta, malah para
pelajar universiti pula keluar di jalan-jalan raya untuk mencetus dan membakar semangat
rakyat. Kemuncak kepada penentangan terhadap Suharto ialah dengan terkorbannya
tiga orang penuntut Universiti Trisakti dimana inilah titik tolak yang telah memaksa si
diktator Suharto turun dari takhta kekuasaan 32 tahun.
Saya cuma ingin mengambil
dua contoh di atas kerana ianya masih segar dalam ingatan kita dan kehangatannya masih
terasa. Seakan sudah menjadi suatu kemestian bahawa tumbangnya sesebuah regim diktator itu
hendaklah melalui pengorbanan nyawa rakyat yang menyertai perjuangannya. Kalau Shah Iran
tumbang selepas Tragedi Black September, maka Suharto pula tumbang dengan Peristiwa
Universiti Trisakti. Bagaimana pula dengan syaitan yang sedang menjadi penguasa bumi
Malaysia ini ? Adakah syaitan yang menyerupai manusia yang bernama Mahathir Mohamad itu
terlebih gagah dan kuat daripada Shah Iran dan Suharto ? Adakah Mahathir yang kuat atau
kita sendiri yang masih lemah ? Inilah persoalan yang masih belum menemui jawapannya. Dan
sebab inilah juga maka Mahathir masih gah di singgahsana kekuasaannya, beserta dengan izin
Allah s.w.t. ke atasnya, walaupun penentangan kita terhadapnya sudah memakan masa setahun
lebih.
Setakat ini Mahathir masih boleh mendabik dada dengan kejayaannya
menumpaskan kita. Setiap kali demonstrasi atau perhimpunan aman semenjak Anwar tersingkir
2 September 1998 lalu telah berjaya dipatahkannya dengan menggunakan kekuatan polis. Dan
setakat ini kita masih gagal untuk mengumpulkan kekuatan untuk berdepan dengan kekuatan
polis yang menjadi anjing-anjing Mahathir. Kita masih kalah untuk menghadapi pancutan air
kimia dan gas pemedih mata polis-polis Mahathir. Kita masih kalah untuk berdepan dengan
sepakan dan pukulan rotan dari anjing-anjing Mahathir tersebut. Maka, siapakah yang
sebenarnya yang kuat ? Kekuatan dan keberanian kita sebenarnya masih terlalu jauh jika
hendak dibandingkan dengan rakyat Indonesia. Kita masih takut dengan air kimia dan gas
pemedih mata walhal rakyat Indonesia berdepan dengan peluru-peluru mesingan dan kereta
kebal untuk menumbangkan Suharto !
Saya tidak bermaksud untuk merendah-rendahkan
semangat dan daya juang sahabat-sahabat dalam perjuangan ini, tetapi mahu mengajak
merenung sejenak samada apa yang kita lakukan selama ini beroleh apa yang kita harapkan
atau sebaliknya. Dengan serba kekurangan dan kelemahan yang ada pada kita, sebaiknya kita
merenung semula untuk mencari kekuatan baru bagi meneruskan perjuangan yang belum selesai
ini. Black 14 baru-baru ini hanyalah bunga-bunga kekentalan jiwa kita dalam berdepan
dengan kekuatan musuh. Kita masih terlalu lemah untuk merealisasikan perjuangan seperti
rakyat Iran dan Indonesia.
Saya percaya bahawa Mahathir tidak akan dapat
ditumbangkan selagi kita masih belum sanggup mengorbankan nyawa-nyawa kita – rakyat yang
kental ini, untuk menjadi titik tolak kepada kegoyahan kekuasaan diktator gila tersebut.
Seperti mana Shah Iran dan Suharto, Mahathir juga ‘memerlukan’ darah rakyat
untuk ditumbangkan. Inilah rahsia besar untuk menumbangkan mana-mana diktator – DARAH
RAKYAT ! Untuk mencapai “Kemerdekaan Kedua” ini, kita tidak lagi boleh mengharapkan
hamparan permaidani merah kerana antara penjajah British dan penjarah Mahathir, amat jauh
bezanya.
Untuk mencapai kemerdekaan kedua dari si diktator Mahathir ini, kita MESTI
sanggup menghamparkan “permaidani darah” supaya dengan darah itulah diktator gila itu
akan tergugat dan akhirnya akan tumbang ! Percayalah ! Selagi kita masih belum bersedia
untuk mengorbankan nyawa dalam perjuangan ini seperti mana rakyat Indonesia dan Iran, agak
sukar untuk kita menjatuhkan regim diktator Mahathir. Seakan sudah tersurat bahawa
mana-mana regim diktator mesti ditumbangkan melalui darah rakyat. Dan saya percaya bahawa
Mahathir akan tumbang apabila polis-polis yang menjadi anjing-anjingnya sanggup menembak
dan membunuh rakyat yang mengadakan demonstrasi kelak, seperti mana apabila tentera
Indonesia menembak dan membunuh tiga penuntut Universiti Trisakti.
Hipotesis saya
ini bersandarkan fakta sejarah dan pemerhatian khusus terhadap sebahagian besar
regim-regim diktator di seluruh dunia. Kesemua mereka jatuh dan dijatuhkan oleh rakyat
melalui pengorbanan darah rakyat sendiri. Selagi tiada rakyat yang terkorban nyawa, memang
liat untuk menjatuhkan seseorang diktator. Lihatlah apa yang mereka telah lakukan terhadap
kita setahun lebih lalu. Pancut air kimia, gas pemedih mata, sepak, terajang dan sumbat ke
dalam lokap. Seolah-olah ianya menjadi sesuatu yang rutin setiap kali ada demonstrasi. Dan
kita pula diperlakukan seperti kucing kurap seolah-olah mereka itu terlalu bangga dapat
menumpaskan rakyat yang berdemonstrasi.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengajak para pejuang keadilan dan kebenaran sekelian supaya merenung kembali samada
perjuangan kita untuk menumbangkan regim sial Mahathir tersebut dalam keadaan mereka
mempunyai segala kekuatan dan keupayaan, telah berhasil menggugat kekuasaannya ? Maaf,
saya sama sekali tidak mahu meremehkan perjuangan kita sedang saya sendiri adalah
sebahagian dari anda semua. Tetapi mahu mengajak supaya kita mencari suatu alternatif
drastik dan dengan penuh keberanian. Sesungguhnya untuk mendapat kejayaan bagi sesuatu
perjuangan itu memerlukan harga yang teramat mahal untuk dibayar.
Untuk itu, saya
mahu mengajak rakyat sekelian supaya pada 2 September nanti kita merencanakan sesuatu yang
bakal mencatatkan sejarah di atas tinta emas negara ini. Sesungguhnya bulan September
banyak meninggalkan kenangan sejarah pahit manis bagi rakyat kebanyakan negara. Jika Black
September 1978 telah berjaya menumbangkan diktator Shah Iran untuk selama-lamanya, mengapa
tidak kita mencipta satu lagi “Black September” 2000 demi memastikan tumbangnya
diktator Mahathir.
2 September adalah sempena genapnya 2 tahun DSAI disingkirkan secara
kejam dan zalim oleh si keparat Mahathir. Jika Black 14 dicipta kerana kita mahu
mengingati tarikh hancurnya sistem keadilan di negara ini, saya rasa “Black September
2000” bakal kita cipta untuk menumbangkan Mahathir setelah sekian lama kita bersabar.
Biarlah ianya dipanggil ‘Black September” kerana nyawa rakyat yang terkorban sudah
pasti akan terbayar dengan tumbangnya Mahathir seperti mana nyawa 3 pelajar Trisakti
berbayar dengan jatuhnya Suharto.
Mungkin pandangan saya ini agak kontroversi tetapi
anda boleh melihat sendiri contoh-contoh yang telah saya sebutkan di atas. Saya cukup
yakin Mahathir tidak akan dapat ditumbangkan dengan cara-cara normal kerana di tangannya
beliau memiliki segala kekuatan untuk menumpaskan penentang-penentangnya. Dengan tidak
menafikan kekuasaan Allah s.w.t. yang maha berkuasa ke atas segala-galanya, namun kita
harus sedar bahawa perjuangan untuk sesuatu jihad tidak dicurahkan dengan air mawar
dan permaidani merah.
Jihad amat memerlukan darah para syuhada yang rindu untuk bertemu
Tuhannya. Dan menentang Mahathir serta mati kerananya adalah Jihad Akbar yang tidak
diragukan lagi kerana permusuhannya terhadap Islam dan kezalimannya sudah melampaui batas.
Saya yakin, jika ada di antara kita yang bersedia untuk mati dan mempertaruhkan nyawanya
untuk menentang anjing-anjing Mahathir, diktator itu pasti akan dijatuhkan. Kepada siapa
lagi untuk kita mengharapkan pertolongan (selain Allah) kecuali keberanian dan nyawa kita
sendiri.
Akan terjadi segala kemungkinan yang tidak terjangkakan apabila nanti ada di
antara kita yang mati ditembak dan dalam keadaan sebegitu, meski pun pertaruhannya terlalu
mahal, Mahathir si jahanam itu akan dapat ditumbangkan. Dalam soal-soal seumpama ini saya
banyak membuat hipotesis berdasarkan fakta-fakta sejarah tentang bagaimana seseorang
diktator itu dapat dijatuhkan. Inilah rahsianya. Adakah kita memiliki semangat
keberanian yang cukup untuk merealisasikan apa yang telah dinikmati oleh rakyat Indonesia
dan Iran dahulu?
CUCU DATUK BAHAMAN
|